Bank Inovasi @Melaka

An initiative by Melaka State Government and UTeM
Hang Tuah Jaya, Melaka, Malaysia ricemelaka@utem.edu.my +606-270 4640

Melaka bakal buka Bank Inovasi, bantu komersial produk penyelidikan

Date: 2023 Nov 09
Source: BH ONLINE

MELAKA: Kerajaan negeri akan menubuhkan Bank Inovasi Melaka pada Oktober ini bagi mengumpul produk penyelidikan yang berpotensi diketengah dan dikomersialkan dalam pasaran.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Fairul Nizam Roslan, berkata penubuhannya itu juga membabitkan kerjasama syarikat berkaitan inovasi, institusi pengajian tinggi (IPT) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Bank Inovasi Melaka ini juga dilihat mampu menjadi platform untuk mengkomersialkan produk inovasi dan reka cipta yang dihasilkan mana-mana penyelidik di negeri ini tidak kira pelajar sekolah, IPT, jabatan dan agensi kerajaan mahu pun pihak swasta.

"Namun melaluinya juga kita akan bantu untuk semak kesahihan dan ketulenan sesuatu produk inovasi dihasilkan sebelum ia dibawa untuk dipatenkan," katanya selepas menjadi tetamu pada Segmen Apa Khabau YB di Konti Melaka FM di Jabatan Penyiaran Melaka, di sini, hari ini.


Gallery:
Melaka bakal buka Bank Inovasi, bantu komersial produk penyelidikan