MELAKA, 1 Jun- Kerajaan negeri akan menubuhkan Bank Inovasi Melaka pada Oktober depan.
Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Negeri, Fairul Nizam Roslan berkata inisiatif itu bagi membantu mereka yang mempunyai produk inovasi untuk dikomersialkan ke peringkat lebih tinggi.
Bagi tujuan itu, kerjasama dengan syarikat berkaitan inovasi, institusi pengajian tinggi serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Melaka akan dilakukan.
"Produk itu hendak didaftarkan dalam Bank Inovasi Melaka, kita terima...tetapi kita kena semak dahulu dari segi kesahihannya tulen atau tidak, kita nak bantu, kadang mereka ada idea tetapi tidak tahu nak patenkan macam mana.
"KIta ada IPT UiTM yang boleh bantu paten, kita ada UTeM, UNIMEL yang boleh bantu...tiga ini dalam Melaka kenapa kita tidak gunakan kepakaran mereka ini bersama untuk membantu rakyat Melaka.
"Bila sudah paten, kita daftarkan...tiba-tiba ada orang luar negara cari produk ini...carian di Bank Inovasi Melaka ada produk diinginkan, teruskan kepada agensi ini dan boleh berurusan terus untuk dikomersilkan," katanya.
Trending News
2023 Nov 09Total Visitor: 1257
2023 Nov 09Total Visitor: 445
2023 Nov 09Total Visitor: 193